BUKAN pencuri hati


..tapi pencuri laptop (cry)

its been a week. tapi masih sedih yg sama. 
dengan kehilangannya, turut dibawa pergi kenangan yg tersimpan.
logik lah kan kesedihan itu. ikr 

kata pakcik polis ; dah pakai dua tahun? heh. 650 je laptop awak skrg ni. 
(and i gave him that killer stare of mine)

SENTIMENTAL VALUE KOT. argh
dan bukannya saya boleh beli semula pun laptop tu -____-


tapi ada hikmah kan?
bersama setiap kesusahan itu ada kemudahannya. inshaAllah.

 

Learning to learn.



Salam.

Can you imagine, apa perasaannya bila strangers bawak satu aura yang buat kau terinspirasi?
Yang buat kau jumpa how and why you have to fight in your own war. Yang buat kau nampak jalannya bilamana kau sesat dalam dunia sendiri. Yang buat kau lega, bukan kau seorang yang perlu hadapi semua yang menyerabutkan. Yang buat kau teruja untuk terus berjalan dan menikmati semua penghalang dan kecantikan pemandangan.

That’s it. Manusia yang memberi inspirasi, sungguh kalian hebat.
Moga diganjari syurga, dan moga syurga turut terisi dengan mereka yang kalian bawa. Aamiin.



____________




Perasaan suka dan sayang boleh dipupuk.
Dan aku sedang obses dengan kesukaan terbaru. Haha. Ye, habis tahun dua baru nak terkial-kial rasa course sendiri best. I love Takhrij no doubt. And on my way untuk mencintai Mustolah Hadith pula. Moga dikabulkan impian yang ini. (dan tiba-tiba rindu subjek Balaghah…)

Dan kalau dinilai mengikut pengalaman, hadith-related-subjects are not my forte, seriously. Ustaz mengajar, tidur. Disuruh menghafal, hafal buta dan lupa dengan sia-sia. Moga dijauhkan sifat ini daripada kalian. Tapi itu lah, suka dan sayang boleh dipujuk masuk dalam hati walaupun proses nya susah. Moga kesukaan dan kecintaan yang satu ini kekal dan bercambah dengan lebih subur, aamiin.

(seriously, moga kekal.)



___________




Guys, one of my lecturers has the SMIT’s most lovable headmaster’s vibe!
May Allah bless both of them. Aamiin.





*** Selamat tinggal, tahun dua di Usim. Moga semester-semester yang akan datang akan terlukis dengan lebih baik. Aamiin.



attachment.


Kita ni,
Bila dengan mereka yg lalui benda yg sama dgn kita, seakan ada memorandum yg dah termeterai; kau kawan aku.

Rasa luka yg sama. Rasa serabut yg sama. Rasa mahu memberontak yg sama. Rasa diri diabaikan yg sama. Rasa tak berguna yg sama.

Bukan ada ikatan lain. Cuma luka tu yg menyatukan. Airmata yg tumpah, jeritan dlm hati yg tak terluah, impian yg hancur pecah.

Rasa yg...oh bukan aku seorang.