I talk.


Hi. Lets jumpa into isi terus.


Bila ianya tidak menjadi normaliti untuk semua, tidak semestinya ianya salah.

Hanya kerana ramai orang suka tandas cangkung, tidak bermakna tandas duduk itu salah. Hanya kerana ramai orang tidur dengan lampu yang tertutup, tidak bermakna tidur dengan lampu terbuka itu salah. Hanya kerana orang ramai tidur malam siang berjaga, tidak bermakna tidur siang malam berjaga itu salah. Hanya kerana ramai orang suka nasyid dan lagu2 melayu bahasa kebangsaan, tidak bermakna kpop itu salah (Lol). Hanya kerana ramai orang  makan sikit, tidak bermakna makan banyak itu salah. Hanya kerana ramai orang jaga kecantikan, tidak bermakna yang tidak menjaga kecantikan itu salah.

**Everyone has their own reason. Melainkan kalau they did it in the wrong way for a wrong purpose, semua benda lah boleh jadi salah. Tapi normaliti BUKAN kayu pengukur.

………………

Dan hanya kerana ramai orang suka bercakap, tidak bermakna kurang bercakap itu salah.

Tak banyak bercakap bukan bermakna sombonggg (cry)
Tak banyak bercakap bukan bermakna takda pendirian (cry 2.0)
Tak banyak bercakap bukan bermakna takda pengetahuan (cry 3.0)
Tak banyak bercakap sebab hang dah cakap banyak sangat
Tak banyak bercakap sebab come on I tengah judge semua yg you tgh cakap k
Tak banyak bercakap sebab kalau dua-dua nak bercakap, siapa nak dengar?
Hargailah kami yang tak banyak bercakap ni kerana sudi mendengar walaupun kadang-kadang angguk angguk saje, tapi tak hadam apa-apa haha sorry.

One more thing,
Aku rasa kalau aku bercakap and replying on some things, I tend to rasa nak menang. Lepastu pihak lagi satu nak menang jugak lepastu nanti sakit hati sendiri. So the best way ialah senyap je lah daripada awal. Senang cerita dan senang kerja.
Segala ketidakpuasan tu bottle up je lah…sampai tak tahan…pastu luahkan lah kat rumah hahah tu lah terjadinya scene menyinga scene berkurung dlm bilik gelap

I just don’t know how to.
Dan bukanlah semua orang pendiam itu memang diam, kadang-kadang dia cuma malas nak layan hang jaa. Dengan orang lain elok je dia potpetpotpet. Tolonglah sedar dan tolong diam kejap. Heh heh


**Bakal keluarga2 mertua di luar sana, saya mohon janganlah anda menjadikan peramah atau tidak sebagai kayu ukur untuk merestui hubungan anak kalian bersama pilihan hatinya. Embrace everyone k.