do I need help or sleep?

 

Sis is stress.


Kalau nak cakap penat hidup, macam kufur nikmat pula. Tapi sesungguhnya, ketahuilah saya sudah sangat penat dengan hidup ini. 


Selalu membebel dengan anak murid, 

"takde benda yang tak susah dalam hidup ni."

Membebel dengan gaya terpaling rilek hadap hidup, kemudian tergelak sendiri terbayangkan kembali episod-episod rasa nak lari.


Agaknya kerana berhati jahat maka fikiran-fikiran sebegini selalu saja menyesakkan diri. Kalau hati ini sedikit murni, mungkin nanti tidak sesakit ini.