here and there


assalamualaikum!

satu.
sekarang ni dok rumah main lawan siapa solat dulu. pastu dok pandang orang lain yang belum solat, buat muka bangga lalu menyanyi ;


walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya...

konon nak boost semangat kasik bebudak tu solat awal waktu ni.



........

 
dua.
hari tu pergi mengisi perut di kedai ayam goreng kfc.
tak tahu lah kenapa tetiba diri rajin meng-offer diri untuk meminta plastik di kaunter hari itu.

"kak, nak plastik kecik dua."
"oh 20 sen." eh? kena bayar? oh mungkin HARI SELAMATKAN BUMI mungkin. [walaupun hari khamis]
"eh dengan penutup cawan dua jugak."
"okay 40 sen."
"okay kejap eh." dan mula mengambil dua langkah untuk ke meja untuk mengambil duit. pastu toleh kanan eh kakak berdua ketawakan aku? okay akak anda sedang bergurau rupanya ye?


nak bergurau? 



gurauan yang tak kena tempat atau aku yang lurus. tet tiada jawapan.
kalau nak bergurau, kenal dulu orang yang diguraukan tu bagaimana. point taken?