hakikat
bila datang satu masa
kau rasa semua mengkhianat
semua serba tak kena
semua berpaling dari sisi
dan juga kau tetap teguh
rasa cuma kau yang betul
yang lain cuma tahu menghukum
nak kata apa aku tak peduli
yang terluka aku
yang sakitnya aku
yang alami juga aku
dan yang cuba untuk senyum kembali...
juga aku.
dan sampai satu masa
kau harus terima
dunia ni... bukan kau yang punya
kadang perlu patuh
kena terima
manusia berbagai ragamnya
sebagaimana kau mahu diterima,
cuba terima yang lain seadanya juga