do I need help or sleep?

 

Sis is stress.


Kalau nak cakap penat hidup, macam kufur nikmat pula. Tapi sesungguhnya, ketahuilah saya sudah sangat penat dengan hidup ini. 


Selalu membebel dengan anak murid, 

"takde benda yang tak susah dalam hidup ni."

Membebel dengan gaya terpaling rilek hadap hidup, kemudian tergelak sendiri terbayangkan kembali episod-episod rasa nak lari.


Agaknya kerana berhati jahat maka fikiran-fikiran sebegini selalu saja menyesakkan diri. Kalau hati ini sedikit murni, mungkin nanti tidak sesakit ini.


old one


Malam tadi mimpi ambil result exam besar tapi tak tahu exam apa. But that's how dreams work kan. Kau macam follow with the flow je.

Anyway, yang mahu diceritakan di sini adalah perasaan itu. 
Perasaan yang kita macam excited nak tengok result sebab macam ada expectation yang tinggi, dan benarlah dapat result yang cantik. THAT feeling.

Rasa macam dah lama tak dapat apa yang ku mahukan, rasa macam dah lama tak achieve apa-apa, rasa macam dah lama graf hidup ni macam mendatar (dan mungkin juga menurun). Rasa macam rindukan diri sendiri yang dulu. Takpelah kalau I was just an ordinary one, but at least I was proud of myself a lil bit. Dulu lah tapi. Sekarang? I choose to avoid people sebab rasa macam tiada tempat untukku di dunia ini haha gitu exaggerating.


By the way, aku rasa aku sudah terlalu tua untuk ada lagi rasa begini, but yeah. Masih. 

noise cancellation


I thought it'll all be sorted as time goes by,

I thought everything will gonna be okay when I grew up,

I thought I'll be that person i can be proud of.

How naive of me.


.....................


Loser. You're not enough. You're not a good one. 

How can I close my ears, when the voices echoed right in my head?


i don't wanna talk

 

came across this one video about social anxiety.

the lady in that video cried a lot when she talks about it. and i cried with her. 


Before this, I just brush this thing off. Rasa macam benda kecil. Tetapi setelah dicop sombong, tak suka bercampur dan sebagainya, now it is a big problem for me. As much as I want to blend in, I can't. Faham tak perasaan yang kau duduk kat tengah-tengah manusia yang bercakap dari kiri dan kanan, and you feel like a fool? Ianya agak overwhelming. And worse, jika nama disebut berkali-kali. I don't like being at the center of attention. Rasanya agak menyesakkan bagi aku. God knows how much i cried in the car after those meetings, how much sweat i shed everytime i contemplate whether to stay at my workspace or duduk dan join sesi berbual. I hate those feelings, and i hate myself...


People be like.. 

cuba belajar bercakap.

kau tak boleh macam ni, you have to do this and that

dia tu sombong, bukannya nak bercampur


i. know. it. very. well.

Bukan aku tak cuba, setiap hari aku akan cari whatever alasan untuk masuk ke office mereka and naturally berbual. Kalau ada 3 benda untuk diselesaikan dengan sesiapa, aku cuba untuk buat satu sahaja, simpan lagi dua untuk esok dan seterusnya.

Dan selepas segala kerisauan dan percubaan yang tiada siapa tahu, tetap juga dicop sombong dan kurang adab. 


-----------

And phone call? 

Asdfghjkl whatsapp kan ada... 

------------


I'm sad. As much as i want to be normal like everyone else, I can't. 




i just wanna talk

 

but not with people. (I'm bad at it.)


tiba-tiba macam ehh aku ada blog kan. so here we are.


Lately, i have this feeling. rasa yang penat sangat untuk hidup. bukan that kind of rasa nak mati though, it just, rasa nak tidur je taknak fikir apa-apa. nak lari. away from here, nak lari daripada kerja daripada rumah daripada manusia. sedang dalam fasa i can smile and function normally, tapi one minute later tiba-tiba je boleh nangis, sesak. and i am fully aware the causes. tapi tak boleh buat apa. this is my life, dan memang kena hadap.

ok this is normal je sebelum ini. 

tapi 2023 ini mengapa ye perasaan ini seperti tiada hentinya? 




i miss.

 


*Saying it here sebab depa takleh jumpa saya di sinii haha




Short escape to the beach


The day some members balik rumah for good :(


Being a person yang sangatlah susah nak berkawan, it was hard for me at the beginning. I'm alone for the whole week of orientation. Segalanya asing, dan saya seorang diri. It was 6+ years ago tapi ingatan itu masih segar. It was hard. Reaaaally hard.

But as days go by...
Allah sent me a bunch of people who filled my days. Yang temankan dan serikan perjalanan.
And I'm just being myself, yang hidup cuma kelas-rumah, I'm soo grateful for them. Tak pernah sekali pun i feel lonely takde kawan circle tak cukup besar.. i have them and that's enough. (And because of that jugaklah this feeling of attachment sangatlah susah untuk dibuang.)


Dear AG4 members, 
I miss those pillow talks, those annoying jokes, those laughing tak ingat dunia sessions, those gossips stocks, those luahan patah hati nak move on lepastu suka crush tu balik (yeah neverending heartbreak for teen-age kind of crushes), those whines of banyaknya kerja and annoyingnya groupmates haha, those hasutan & nasihat on shoppings, those food hunts we had together. 

I miss those moments, and i miss you guys. So much.


-- Randomly typing this sebab ada hamba Allah makes me feel sad thinking of those what ifs... 


A year older, a year wiser (supposedly)


Reaching 24,
It was a lot of differences, compared to the 23th.

It was harder, lonelier (and it hurts more.)

Having to conceal all the pains and sadness, pretending you're not affected by those words and situations, putting on a smile when your heart is breaking into pieces. Haha. So this is what adulthood looks like. Scary.

But nevertheless,
You have Allah. Allah will never leave you, and all you have to do is coming back to Him. And put your utmost trust on Him. Just ask for a peaceful, a sincere and a grateful heart. May our steps be guided to the right path. Aaminn.

Trying not to be complicated.


Recently, I found a solution for my unexplainable sadness and disappointment.

I turn the sadness into anger.
I blame people, not myself.

Then the feeling will stays just for a while and it will disappear. Sebab for me, nak hilangkan kemarahan lebih mudah daripada hilangkan kesedihan.

And sometimes; it will be easier for me to forgive people than forgiving myself :(

Sorry my dear self. I'm being too hard on you 😭

Are you happy?


Think.


Kegembiraan kamu itu bagaimana bentuknya? Daripada aspek apakah kamu definisikan gembira itu?


When you look at others, have you ever want all those things they have? All those things they bear? All those things they do?


If the anwer is yes,


Lalu kemudian fikir, jika kau tanggung itu, kau lakukan itu, kau punya yang itu, yakin kau akan gembira?


You know you won't be happy.


You know deep inside, bukan itu yang kau mahu.

Kau mahu kerana kau lihat mereka gembira dengan semua itu. Kau juga mahu gembira. Sehingga terlupa, gembira kau dan dia itu datang berbeza bentuknya. Boleh jadi when you got those things, you won't be happy.

She talks. Dan kau sedih kerana kau tidak bercakap. Sedangkan kau pernah bercakap, and you hate it.

People looks at her. Dan kau sedih bila tidak dipandang. Sedangkan kau pernah dipandang, and you hate it.
She's always socialising with people. Dan kau sedih bila your circle is small. Sedangkan kau pernah berada di bulatan yang besar, and you hate it.
She's being needed. Dan kau sedih bila kau rasa tidak berfunction. Sedangkan kau pernah memikir, and you hate it.

Maka sudah-sudahlah.


Berhenti bersedih dan being affected dengan bentuk gembira orang lain.

Kamu, teruskan dengan gembira kamu.

Just her, surviving.


Orang yang fikiran dan perasaannya suka berlebih-lebih ke dalam dan lebih dalam ini -- jika hanya satu kesedihan yang kau berikan, 10 lagi kesedihan yang kamu tinggalkan, yang dia cuba untuk sembunyikan dan cuba buangkan akan turut juga dirasakan, untuk kesekian kalinya. 

She tried, to be happy. 
To ignore all those shits that happened. To ignore all those smirks you shaped. To ignore all those words you said to her face. She looks tough. She looks like she doesn't even care. She looks like she doesn't feel anything.

But she cries at night. For every scars and fears.

Let's see the end.


Few weeks more.

and will go back to jb, for good.

Happyyy because this is the moment that i want all this time
..tapi sedih

The campus, i have done my best untuk tak berapa nak attached to. so okay je la kot haha

TAPI AG4 
how.....

I talk.


Hi. Lets jumpa into isi terus.


Bila ianya tidak menjadi normaliti untuk semua, tidak semestinya ianya salah.

Hanya kerana ramai orang suka tandas cangkung, tidak bermakna tandas duduk itu salah. Hanya kerana ramai orang tidur dengan lampu yang tertutup, tidak bermakna tidur dengan lampu terbuka itu salah. Hanya kerana orang ramai tidur malam siang berjaga, tidak bermakna tidur siang malam berjaga itu salah. Hanya kerana ramai orang suka nasyid dan lagu2 melayu bahasa kebangsaan, tidak bermakna kpop itu salah (Lol). Hanya kerana ramai orang  makan sikit, tidak bermakna makan banyak itu salah. Hanya kerana ramai orang jaga kecantikan, tidak bermakna yang tidak menjaga kecantikan itu salah.

**Everyone has their own reason. Melainkan kalau they did it in the wrong way for a wrong purpose, semua benda lah boleh jadi salah. Tapi normaliti BUKAN kayu pengukur.

………………

Dan hanya kerana ramai orang suka bercakap, tidak bermakna kurang bercakap itu salah.

Tak banyak bercakap bukan bermakna sombonggg (cry)
Tak banyak bercakap bukan bermakna takda pendirian (cry 2.0)
Tak banyak bercakap bukan bermakna takda pengetahuan (cry 3.0)
Tak banyak bercakap sebab hang dah cakap banyak sangat
Tak banyak bercakap sebab come on I tengah judge semua yg you tgh cakap k
Tak banyak bercakap sebab kalau dua-dua nak bercakap, siapa nak dengar?
Hargailah kami yang tak banyak bercakap ni kerana sudi mendengar walaupun kadang-kadang angguk angguk saje, tapi tak hadam apa-apa haha sorry.

One more thing,
Aku rasa kalau aku bercakap and replying on some things, I tend to rasa nak menang. Lepastu pihak lagi satu nak menang jugak lepastu nanti sakit hati sendiri. So the best way ialah senyap je lah daripada awal. Senang cerita dan senang kerja.
Segala ketidakpuasan tu bottle up je lah…sampai tak tahan…pastu luahkan lah kat rumah hahah tu lah terjadinya scene menyinga scene berkurung dlm bilik gelap

I just don’t know how to.
Dan bukanlah semua orang pendiam itu memang diam, kadang-kadang dia cuma malas nak layan hang jaa. Dengan orang lain elok je dia potpetpotpet. Tolonglah sedar dan tolong diam kejap. Heh heh


**Bakal keluarga2 mertua di luar sana, saya mohon janganlah anda menjadikan peramah atau tidak sebagai kayu ukur untuk merestui hubungan anak kalian bersama pilihan hatinya. Embrace everyone k.




Harapan.


satu, moga dapat kawal emosi.
dua, moga masih ada rasa happy.
tiga, moga hati masih punya rasa sabar.
empat, moga diri kekal waras.
lima, moga dapat survive.


because what the -- 

semester jenis apakah ini.


BUKAN pencuri hati


..tapi pencuri laptop (cry)

its been a week. tapi masih sedih yg sama. 
dengan kehilangannya, turut dibawa pergi kenangan yg tersimpan.
logik lah kan kesedihan itu. ikr 

kata pakcik polis ; dah pakai dua tahun? heh. 650 je laptop awak skrg ni. 
(and i gave him that killer stare of mine)

SENTIMENTAL VALUE KOT. argh
dan bukannya saya boleh beli semula pun laptop tu -____-


tapi ada hikmah kan?
bersama setiap kesusahan itu ada kemudahannya. inshaAllah.

 

Learning to learn.



Salam.

Can you imagine, apa perasaannya bila strangers bawak satu aura yang buat kau terinspirasi?
Yang buat kau jumpa how and why you have to fight in your own war. Yang buat kau nampak jalannya bilamana kau sesat dalam dunia sendiri. Yang buat kau lega, bukan kau seorang yang perlu hadapi semua yang menyerabutkan. Yang buat kau teruja untuk terus berjalan dan menikmati semua penghalang dan kecantikan pemandangan.

That’s it. Manusia yang memberi inspirasi, sungguh kalian hebat.
Moga diganjari syurga, dan moga syurga turut terisi dengan mereka yang kalian bawa. Aamiin.



____________




Perasaan suka dan sayang boleh dipupuk.
Dan aku sedang obses dengan kesukaan terbaru. Haha. Ye, habis tahun dua baru nak terkial-kial rasa course sendiri best. I love Takhrij no doubt. And on my way untuk mencintai Mustolah Hadith pula. Moga dikabulkan impian yang ini. (dan tiba-tiba rindu subjek Balaghah…)

Dan kalau dinilai mengikut pengalaman, hadith-related-subjects are not my forte, seriously. Ustaz mengajar, tidur. Disuruh menghafal, hafal buta dan lupa dengan sia-sia. Moga dijauhkan sifat ini daripada kalian. Tapi itu lah, suka dan sayang boleh dipujuk masuk dalam hati walaupun proses nya susah. Moga kesukaan dan kecintaan yang satu ini kekal dan bercambah dengan lebih subur, aamiin.

(seriously, moga kekal.)



___________




Guys, one of my lecturers has the SMIT’s most lovable headmaster’s vibe!
May Allah bless both of them. Aamiin.





*** Selamat tinggal, tahun dua di Usim. Moga semester-semester yang akan datang akan terlukis dengan lebih baik. Aamiin.



attachment.


Kita ini,
Bila dengan mereka yang lalui benda yang sama dengan kita, seakan ada memorandum yang dah termeterai; kau kawan aku.

Rasa luka yang sama. Rasa serabut yang sama. Rasa mahu memberontak yang sama. Rasa diri diabaikan yang sama. Rasa tak berguna yang sama.

Bukan ada ikatan lain. Cuma luka tu yang menyatukan. Airmata yang tumpah, jeritan dalam hati yang tak terluah, impian yang hancur pecah.

Rasa yang... oh bukan aku seorang.


Of experience and maturity



it is just an exaggeration.
but --

it was an experience. 

pengalaman yang mematangkan.
pengalaman yang teach us how to put ourselves among people. 
pengalaman yang ajar; jadi kuat untuk diri sendiri. 
pengalaman yang ubah hati jadi malas dah nak rasa bergantung.
pengalaman yang buat diri jadi lemah, tapi kuat in the same time.

..tapi taklah matang sangat (haha)

cumanya makin pandai lah nak simpan rasa dendam dan menyampah yg teramat. doa lah moga hati masih dapat menampung. jangan dibiar terluah. 




#sem3, tolonglah berakhir dengan baik. 

post berbaur 20 lah sikit.


(kalau tiba-tiba nak update blog, tu maknanya tengah melepak sorang2 kat tempat paling privacy di fakulti ini.)

i learn something minggu ini.
being a student, yang kena urus sendiri duit keluar masuk, duit rumah sewa, bil api air, makanan pagi petang siang malam, ianya buat aku menjadi seorang yang...a bit bakhil (exaggeration detected)

nak membeli sesuatu untuk diri sendiri pun berkira habis. apatah lagi untuk others. konon boleh berlagak laa aku berjimat maka duit aku susah nak habis.

SALAH YE ANAK-ANAK.

i so berjimat, dan membakhilkan diri.....dan duit itu tetap habis. 

bila kita keluarkan dan keluarkan untuk orang lain dan benda bermanfaat dan untuk wasilah ilmu...sebenarnya Allah lagi akan tambah. kenapa kena yakin dengan dunia. kenapa kena sayang sangat dengan dunia. kenapa kena susah hati sebab duniaaaa (emoji nangis) 
yang beri rezeki kita semua ni siapa? 

ALLAH

Good. 


200615



...yang selalu menenteramkan perasaanku

its almost one year, kut. tapi masih belajar meng-adapt diri kat tempat orang.
dan masih belajar untuk hadam satu word; SABAR

sungguhlah kena belajar sangka baik dgn Allah. semua kesusahan akan berakhir. cuma kena sabar. 
sabar menghadapi. sabar melayan. sabar menunggu. sabar dengan semuanya.

sungguh aku nak cuba jadi orang yang sabar. walaupun most of the time memang tersasar sangat2 lah daripada landasan. weeeeee dah memang jenis cepat nak mengamuk, nak buat cemana.

by the way, i hv a theory, memang senang sgt sgt sgt kuasa tiga untuk jadi bekeng bila di tempat baru. i experienced it. dan sebenarnya, best jugak jadi sep2 bekeng ni. 


point utk post ini, saya masih dalam fatrah exam. tapi la ni tgh tunggu kelas untuk presentation. K KENA SABAR. 



Melagukan hati.



Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa 

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria


#NP; Kau Hadir, Dehearty.


sebab tengah stress menaip assignment. tetiba teringat kewujudan blog. 
k tu je.